Sains Untuk Manusia
‘Sains untuk Manusia’ menumpukan kepada kesan terhadap penyelidikan dan pendidikan sains andainya kita tidak berhemah dalam menghadapi cetusan Revolusi Industri ke-Empat (RI4.0) di Malaysia. Tiga cabaran utama bakal dihadapi dalam memajukan ilmu sains pada era RI4.0. Pertama ialah kesan dan impak kepada ketamadunan manusia yang bakal diubah oleh ledakan RI4.0, malahan daripada revolusi-revolusi terdahulu yang telahpun merosakkan alam sekitar. Cabaran kedua adalah pemupukan insan seimbang melalui pendidikan sains untuk generasi mendatang. Akhir sekali, kemelut arah penyelidikan sains yang jauh menyimpang dari ‘akar’ ilmu ditekan pula kepincangan yang di'bawa' oleh RI4.0 kerana hanya menekankan kepada sentuhan teknologi. Lantas meninggalkan masyarakat hanyut dalam gelombang RI4.0 tanpa sebarang sentuhan insani dan hati budi.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.