Part of Penerbitan UM Press PDF
Sistem Takaful Di Malaysia: Isu‐Isu Kontemporari
Penulisan buku bertajuk Sistem Takaful di Malaysia: Isu-isu Kontemporari ini merupakan usaha untuk menambah bahan bacaan dalam bidang takaful, khususnya Ekonomi Islam. Takaful merupakan satu keperluan kepada semua masyarakat baik takaful kenderaan, takaful pendidikan, takaful penyakit kritikal dan sebagainya. Oleh itu buku ini disajikan untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang takaful. Buku ini dimulakan dengan huraian tentang definisi riba dan gharar mengikut pandangan Islam. Penulisnya mengupas tentang unsur-unsur riba yang wujud dalam kontrak insurans kerana kontrak insurans menggunakan kontrak jual beli yang mesti memenuhi beberapa syarat bagi mabi‘ dan thaman. Unsur gharar juga wujud di dalam insurans kerana keraguan tentang tempoh kontrak berlangsung, kewujudan kontrak dan pampasan, pembayaran pampasan dan jumlah pampasan atau premium sebenarnya yang perlu dibayar oleh insured dan insurer.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.