Booku Logo
Cart (0)0
Rambung
No published reviews yet.

Part of Karang Books

Paid · RM27.00

Rambung

Rezeki bertemu seorang rakan sekolah telah membantu Aznain sekeluarga untuk berpindah ke sebuah rumah kampung. Kebaikan tuan rumah bernama Jambak itu cukup menyenangkan keluarga kecil itu memandangkan kehadiran mereka seolah tidak di pedulikan oleh penduduk setempat. Pokok Rambung yang terletak tidak jauh dari rumah sewa itu menjadi perantara antara kisah dulu dan kini. Orang kampung kata, pokok itu berpuaka, pokok itu makan orang tapi itulah tempat di mana sepasang kekasih bertemu meluahkan rasa cinta. Pokok rambung menjadi saksi segala peristiwa. Qallesha seringkali ditinggalkan di rumah itu bersama anak kecil mereka, Yuyu. Kemunculan Jambak pula seringkali tepat pada waktu keluarga kecil itu memerlukan bantuan. Kebaikan itulah membuatkan pasangan itu semakin selesa untuk terus tinggal di situ meskipun perkara aneh dan menyeramkan kian berterusan mengganggu mereka. Bunyi kereta api dari hutan berdekatan yang seringkali mengiringi lewat malam mereka pada awalnya kelihatan biasa namun semakin lama ia mula menimbulkan tanda tanya. Dan suara-suara yang tiba-tiba menjengah juga mengelirukan mereka yang mendengar. Bagaikan ada sesuatu yang belum selesai. “Lupa pak cik nak beritahu, rumah ni pak cik dah azankan semalam. Jadi kamu tak payahlah azan lagi. Pak cik bukannya apa, nak memudahkan urusan kamu. Bimbang kamu terlupa, macam-macam pula akan terjadi nanti.” – JAMBAK “Datang kau tidak berjemput, persilakan kalau benar mahu menjadi tamu aku!- RAIHAN “Tadi dekat kenduri, ibu kamu melatah teruk sampai lupa diri. Si Alip, sengaja mengusik ketika persembahan silat berlangsung. Lagi dilarang, lagi giat dia mengusik!” “Kau syaitankan aku ya, sedangkan kau yang lebih syaitan daripada aku! Yalah, lupa pula. Kalau mak syaitan, pasti anak pun syaitan!” -

Purchase Options

Ala-Carte

RM27.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorAFIEYZA ISAHAK
PublisherKarangkraf
TypeBooks
PriceRM27.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-967-498-098-6
Publication Year2023
Page Count321
GenreHorror
PublicationKarang Books
Published2023-10-11

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.