Rahsia Kejayaan Para Ulama
ALLAH telah menjadikan para ulama sebagai perintis sepanjang sejarah Islam. Bermula daripada era para sahabat yang mulia, sehingga ke hari ini. Mereka mendahului dalam dunia keilmuan seumpama bintang yang terang benderang di cakerawala umat. Manusia lain melihat mereka dengan penuh rasa kagum sehingga ingin mengikut setiap jejak langkah mereka. Risalah ini dipersembahkan buat para ahli ilmu yang mempunyai jiwa dan nurani yang kuat. Ia sebagai persediaan awal bagi mereka yang inginkan kejayaan sehebat ulama-ulama silam dalam bidang dan cabang ilmu pengetahuan. Pastinya liku-liku ini perlu diperhalusi dan dimantapkan melalui penguasaan al-quran dan sunnah. Maka berusahalah untuk menguasai kedua-duanya dengan penuh ketekunan.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.