Booku Logo
Cart (0)0
Projek Seram Gunung
No published reviews yet.

Part of Karang Books

Paid · RM24.00

Projek Seram Gunung

SINOPSIS RAJA GUNUNG - ARIFFUL BAQI Caption : Dia berdendam demi menjadi yang paling berkuasa! Kisah ini bermula apabila perasaan hasad dengki menguasai hati. Gelaran ‘Raja Gunung’ yang selama ini disandang oleh Shazwan rupa-rupanya ingin dirampas sehingga terjadinya tragedi. Lebih menyedihkan apabila kawan sendiri menjadi pengkhianat. Tidak sangka gelaran ‘Raja Gunung’ yang dibangga-banggakan selama ini akhirnya memakan diri sendiri. “Beberapa jam lagi ritual akan bermula. Harap kamu semua bersedia. Malangnya, tiga orang rakan kamu masih belum ditemui. Mereka hanya bernasib baik kerana tidak perlu mati pada malam ini. Tetapi tetap akan dicumbu maut selagi mereka masih berada di pergunungan ini,” SINOPSIS TALBIS - FITRI HUSSIN Caption: Datang tak kembali! Daniyal yang terkena sihir pawang orang asli berjaya dipulihkan oleh Rashidi. Daniyal berasa sangat kagum dengan ilmu batin yang dimiliki oleh anak muda itu. Timbul keinginan di hati Daniyal ingin mempelajari ilmu itu. Apatah lagi Syatila masih tidak serik dan menggunakan ilmu hitam pula untuk memiliki cinta Daniyal. Lebih membimbangkan apabila Zandra, tunang Daniyal turut menjadi sasaran Syatila. Kegilaan Syatila menjadi penyebab untuk Daniyal menguasai ilmu yang sama dengan Rashidi. Daniyal perlu bertapa di sebuah gunung. Namun mampukah Daniyal melepasi segala dugaan yang menjadi syarat untuk memiliki ilmu batin itu? SINOPSIS PETUALANG - S. KAUSARI Caption: Ada perkara lebih baik dibiarkan terus menjadi misteri! Seorang wartawan bernama Rashdan yang mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan stres selepas trauma cuba memulihkan keadaan mentalnya dengan bercuti di sebuah kampung berhampiran sebuah gunung. Dia terjebak dalam rancangan untuk meneroka lombong lama dan rumah peninggalan pegawai Inggeris di atas gunung setelah bercerita dengan penduduk kampung. Mimpi aneh yang sering dialaminya dianggap sebagai satu petanda. Satu demi satu rahsia terbongkar hingga menyebabkan seorang demi seorang hilang dalam kumpulan pendaki itu.

Purchase Options

Ala-Carte

RM24.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorArifful Baqi, S. Kausari, FITRI HUSSIN
PublisherKarangkraf
TypeBooks
PriceRM24.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-967-498-076-4
Publication Year2020
Page Count400
GenreHorror
PublicationKarang Books
Published2020-08-27

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.