Booku Logo
Cart (0)0
Penanggal
No published reviews yet.

Part of Karang Books

Paid · RM28.00

Penanggal

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal! Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?

Purchase Options

Ala-Carte

RM28.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorEqbal Mohaydeen
PublisherKarangkraf
TypeBooks
PriceRM28.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-967-446-393-9
Publication Year2018
GenreHorror, Crime, Thriller, Mystery
PublicationKarang Books
Published2018-03-30

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.