Mudahnya Mengajar
ADAKAH anda sedang mencari-cari buku panduan asas untuk mengajar? Mudahnya Mengajar! memuatkan panduan asas yang lengkap untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Susunan babnya pula mengikut langkah-langkah yang lazimnya dilalui oleh seseorang guru, pengajar atau pensyarah sewaktu melaksanakan proses P&P. Hal ini memudahkan pembaca untuk mengaplikasikannya. Perbincangan di dalam buku ini turut merangkumi: • Konsep ‘mengajar’ dan ‘pengajaran’ • Mentafsir sukatan pelajaran • Menyediakan rancangan kerja • Pengurusan buku rekod persediaan mengajar • Penentuan objektif pengajaran • Penggunaan media pengajaran • Pendekatan, teknik dan kemahiran mengajar • Empat langkah mengajar; set induksi, perkembangan pengajaran, menutup pengajaran dan aktiviti susulan untuk pelajar • BONUS! Tip mengajar teknik belajar. Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pelajar-pelajar bidang Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), guru pelatih, guru sandaran atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami bidang pengajaran.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.