Diri Puisi dan Interpretasi
Diri puisi boleh diinterpretasi daripada pelbagai dimensi dengan menggunakan pelbagai alatan sastera. Di sebalik susunan aksara dalam puisi, terungkap pelbagai makna sama ada secara tersurat atau tersirat. Interpretasi diri puisi boleh dilakukan dari dimensi, misalnya keagamaan, bahasa, politik, kemanusiaan dan cinta. Justeru, buku yang memuatkan bab-bab berserta sebuah wawancara melalui e-mel antara penulis dengan Rimanilzah, seorang pelukis dan penyair siber membicarakan hal-hal interpretasi yang dimaksudkan itu. Namun, secara khususnya buku ini membincangkan, antaranya tentang citra, simbol, polisemi, sinisme, multimedia puisi siber, elemen jenaka, Asmaul Husna, kreativiti, anjakan paradigma dalam penggubahan puisi siber dan pengungkapan mesej perpaduan di Malaysia.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.