Kumpulan Puisi: Introspektif
Kumpulan Puisi Introspektif ini dikumpul daripada pengalaman kembara penulis dari satu daerah ke satu daerah yang lain, dari satu negeri ke satu negeri lain dan dari satu negara ke satu negara lain. Kemudian dari pengalaman itulah beliau menerapkan ke dalam adunan bahasanya dalam bentuk puisi. Penulis banyak menerokai alam kedukaan dan melihat kenestapaan hidup secara berani dalam kumpulan puisi ini. Perkongsian dalam bentuk puisi ini meliputi pengalaman beliau dengan dunia pendakian selama tujuh tahun dan telah mendaki banyak gunung serta bukit di Malaysia. Selain itu, penulis juga telah beberapa kali melakukan pengembaraan solo dan tinggal di beberapa buah negara untuk jangka waktu tertentu seperti Hong Kong, Filipina, Vietnam, Thailand, Australia, Korea dan sebagainya.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.