Booku Logo
Cart (0)0
9 Bulan 10 Hari
No published reviews yet.

Part of Karang Books

Paid · RM13.00

9 Bulan 10 Hari

Melalui proses kehamilan menjadi momen terindah setiap wanita. Sepanjang proses itu, bakal ibu perlu menjaga pemakanan agar badan mendapat nutrien penting sekali gus memelihara kesihatan ibu dan anak. Pemakanan yang sihat semasa hamil perlu dititikberatkan. Kekurangan zat bukan sahaja menyebabkan kecacatan pada bayi yang dikandung tetapi juga mendatangkan bahaya kepada si ibu. Wanita hamil biasa mengalami masalah mengidam. Pakar-pakar mempercayai keadaan ini ada kaitannya dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu. Tidak salah jika mengidam, asalkan makanan yang diidamkan adalah sihat dan tidak mendorong kepada sebarang kesan sampingan kepada diri dan kandungan. Sebab itulah bakal ibu perlu mempersiapkan diri, bukan sahaja dalam soal penjagaan bayi selepas kelahiran tetapi juga soal makan sepanjang tempoh kehamilan. Buku ini dapat membantu bakal ibu dalam soal pemilihan makanan. Dibahagikan empat bab dengan resipi-resipi pilihan terbaik untuk dicuba. Bermula dengan menu sihat ketika sarapan, tengah hari, minum petang hinggalah menu untuk makan malam. Turut disertakan nota panduan nutrisi, zat penting dalam makanan dan gambar rajah piramid makanan untuk bakal ibu. Sebagai bonus, disediakan juga ringkasan pemakanan seminggu dalam bentuk jadual. Percayalah, tempoh sembilan bulan 10 hari yang dilalui itu akan berjalan lancar. Tidak mustahil, impian anda untuk miliki cahaya mata yang sihat dan pintar akan terlaksana.

Purchase Options

Ala-Carte

RM13.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorHaryati Mat Deris
PublisherKarangkraf
TypeBooks
PriceRM13.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-983-124-690-0
Publication Year2017
Page Count116
TopicFamily and Relationships, Parenting and Child Development
AudienceParents
PublicationKarang Books
Published2017-05-31

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.