Part of Penerbitan UM Press PDF
Segi Tiga Emas: Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara
Kawasan Segi Tiga Emas atau Golden Triangle terletak di bahagian timur laut Myanmar, utara Thailand dan Laos. Julukan ‘Segi Tiga Emas’, tidak bermaksud kawasan ini maju dan membangun, tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Kawasan tersebut merupakan kawasan pedalaman dan pergunungan terpencil yang hanya didiami oleh puak bukit dan peribumi. Persoalannya mengapa kawasan ini digelar sebagai Segi Tiga Emas sedangkan keadaan sekitarnya masih mundur dan penduduknya pula miskin? Kawasan tersebut digelar sebagai Segi Tiga Emas kerana ia merupakan kawasan pengeluaran candu dan heroin paling utama di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.