Booku Logo
Cart (0)0
Perhubungan Media di Malaysia
No published reviews yet.

Part of Penerbitan UM Press PDF

Paid · RM42.00

Perhubungan Media di Malaysia

Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi. Dengan demikian, amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam untuk membina hubungan yang berkesan dengan personaliti media. Penulisan ini berfokus pada amalan perhubungan media di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada empat isu iaitu polisi organisasi korporat, amalan etika kewartawanan, persepsi editor dan bahan perhubungan media. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis bahan-bahan siaran media yang diterima oleh dua organisasi media iaitu sebuah akhbar harian dan sebuah stesen televisyen. Selain itu, temubual mendalam dilaksanakan untuk menganalisis pendapat para editor akhbar harian, stesen televisyen dan agensi berita mengenai amalan perhubungan media. Analisis menunjukkan para editor media berpegang kepada polisi organisasi dalam urusan perhubungan media dan seakan-akan tidak dipengaruhi oleh pengamal perhubungan awam. Berdasarkan analisis didapati pihak berkuasa politik dan pengiklan mempunyai pengaruh kuat ke atas polisi organisasi korporat yang mungkin memberi kesan pada amalan perhubungan media. Dapatan menunjukkan para editor berpandu kepada kod etika profesional dalam membuat liputan secara adil dan saksama. Walaupun pemberian hadiah oleh pengamal perhubungan awam kepada para editor dilihat sebagai kebiasaan dalam perhubungan media, namun amalan pemberian ini tidak mempengaruhi keputusan editorial. Analisis juga mendapati para editor mengakui keprofesionalan pengamal perhubungan awam dari segi format dan gaya persembahan bahan siaran media, termasuk kepelbagaian kandungan yang memenuhi jangkaan mereka. Pelbagai faktor mempengaruhi perhubungan media termasuk kurangnya hubungan interpersonal oleh para pengamal perhubungan awam dengan para editor media massa. Oleh itu, hubungan baik perlu dimantapkan dalam usaha memperbaiki liputan aktiviti, dan seterusnya untuk membina kepercayaan publik kepada organisasi.

Purchase Options

Ala-Carte

RM42.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 13.90 / month

Access to the basic catalogue yearly/monthly

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorMohd Yahya Mohamed Ariffin
PublisherUniversiti of Malaya Press
TypeBooks
PriceRM42.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-983-100-945-1
Publication Year2018
Page Count189
TopicEducation and Learning
IntentLearn
PublicationPenerbitan UM Press PDF
Published2018-06-07

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.