Booku Logo
Cart (0)0
Pemikiran Seni Bina Islam: Moden Di Dunia & Malaysia
No published reviews yet.

Part of Penerbitan UTM Press PDF

Paid · RM45.00

Pemikiran Seni Bina Islam: Moden Di Dunia & Malaysia

Islam adalah salah satu daripada dua agama yang terbesar di dunia di mana politik dan ekonomi Islam mempunyai impak yang sangat besar dalam arus globalisasi masa kini. Walau bagaimanapun, kebudayaan Islam tidak dapat menular sekukuh budaya Barat. Salah satu sebabnya adalah kecetekan pemikiran dalam pelbagai bidang kemanusiaan. Salah satu kecetekan pemikiran ini adalah dalam bidang Seni Bina. Bangunan yang terpapar ketika ini menjadi refleksi ketandusan minda arkitek Islam dan para cendekiawan Muslim. Masjid dan bangunan pentadbiran berkubah dan berhias ala Ottoman atau Abbasiah menjadi bukti kepincangan pemikiran seni bina yang tidak dapat bergerak melampaui tradisi regresif. Buku ini ditulis sebagai landasan pertama bagi mencetuskan perdebatan tentang pemikiran semula prinsip asas seni bina agar menjadi tunggak baru kepada pemikiran seni bina Islam. Tulisan ini mengumpul kesemua pemikiran yang terdapat dalam dunia moden kurun ke–20 yang cuba mengupas idea sebenar seni bina Islam melalui wacana terhadap bahasa seni bina masjid. Pendekatan dan falsafah atau prinsip reka bentuk seni bina masjid diklasifikasikan dan dibandingkan dengan kesemua pemikiran seni bina Islam yang terdapat di Malaysia. Adalah diharapkan agar buku ini mampu menjadi pencetus minda dalam kalangan arkitek, cendekiawan, dan budayawan agar sesuatu pencerminan dan muhasabah dapat dikendalikan supaya tapak bagi memajukan seni bina Islam yang lebih kritis dan kontemporari serta bermanfaat kepada masyarakat Islam dapat dimulakan.

Purchase Options

Ala-Carte

RM45.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorNangkula Uberta & Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
PublisherPenerbitan UTM Press ( Universiti Teknologi Malaysia)
TypeBooks
PriceRM45.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-983-52-1064-8
Publication Year2018
GenreTextbook
TopicEducation and Learning, School Education
IntentLearn
PublicationPenerbitan UTM Press PDF
Published2018-06-20

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.