Part of Penerbitan UM Press PDF
Jenayah Penderaan Kanak-Kanak
Jenayah penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku setiap hari di setiap negara di dunia ini. Malaysia tidak terkecuali daripada menyumbang kepada peningkatan kes jenayah terhadap kanak-kanak ini. Penghujung bulan Februari dan awal bulan Mac 2010 merupakan titik hitam dalam usaha melindungi kanak-kanak di Malaysia. Tidak sampai satu minggu selepas kematian adik Syafia Humairah Sahari yang berusia tiga tahun diikuti pula dengan adik K. Haresvarren yang berusia 18 bulan dan kemudiannya adik Lee Swee Hui yang berusia tiga tahun. Hati masyarakat menjadi hancur melihat kanak-kanak kecil dan tidak berupaya ini diperlakukan sedemikian rupa. Kanak-kanak ini telah didera sehingga mati. Mereka telah disiksa dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan oleh manusia yang berperangai lebih hina dan zalim daripada haiwan. Ini tidak termasuk perbuatan kejam oleh ibu bapa sendiri yang melakukan perbuatan yang melampaui akal seorang manusia yang waras.
Purchase Options
Items can only be read inside the Booku app.
Detail
No published reviews yet.