Booku Logo
Cart (0)0
Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syar'iyyah
No published reviews yet.

Part of Penerbitan UM Press PDF

Paid · RM35.00

Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syar'iyyah

Buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan kepada Siyāsah Syar‘iyyah. Pertama, tinjauan secara kritikal dilakukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Siyāsah Syar‘iyyah seperti definisi, matlamat dan kaedah Siyāsah Syar‘iyyah. Ini termasuk konsep hukuman bunuh dalam kesalahan takzīr. Untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti yang berkaitan dengannya, maklumat mengenai jenayah pengedaran dadah termasuk bilangan mereka yang dijatuhkan hukuman gantung serta data-data yang berkaitan dengan penagihan dadah dipaparkan. Berpandukan kajian ini didapati hukuman bunuh ataupun gantung sampai mati terhadap pengedar dadah adalah bertepatan dengan Siyāsah Syar‘iyyah. Ini berdasarkan kesan jenayah pengedaran dadah terhadap orang ramai. Analisis menunjukkan bahawa jenayah berkenaan adalah terlalu merbahaya, bukan sahaja boleh membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenteram berikutan daripada timbulnya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah rumah dan sebagainya. Memandangkan tujuan pelaksanaan Siyāsah Syar‘iyyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan, maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah Siyāsah Syar‘iyyah.

Purchase Options

Ala-Carte

RM35.00

Own this title permanently in your library and read it anytime in the Booku app.

BEST VALUE

Buffet Subscription

MYR 3.80 / month

test

Items can only be read inside the Booku app.

Detail

AuthorWan Norhasniah Wan Husin & Shukeri Mohamad
PublisherUniversiti of Malaya Press
TypeBooks
PriceRM35.00
AccessBuy to own
LanguageBahasa Malaysia
ISBN978-983-100-931-4
Publication Year2018
Page Count115
GenreReference
TopicCulture and Society, Personal Tax
PublicationPenerbitan UM Press PDF
Published2018-07-04

Write a Review

Sign in to write a review.

Reviews

No published reviews yet.